Thursday, September 20, 2007

Angkasawan Malaysia

Rabu 08 Ogos 2007
Rusia tawar misi ke Marikh kepada Angkasawan Malaysia

Anda mungkin tidak percaya. Manusia akan ke planet Marikh yang berjarak 78.3 juta kilometer dengan perjalanan setahun pergi dan setahun kembali ke bumi.

Lebih mendebarkan apabila angkasawan negara yang berjaya ke angkasa lepas pada 10 Oktober ini turut ditawarkan oleh kerajaan Rusia untuk menyertai misi ke planet itu.

Jika misi tersebut berjaya yang tidak dinyatakan tarikhnya, mereka bakal menjadi manusia pertama menjejak planet merah itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin Abdul Ghani berkata, tawaran daripada kerajaan Rusia itu telah disampaikan kepada kedua-dua calon angkasawan negara baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan amat mengagumi persetujuan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed yang sedang menjalani latihan bersama Agensi Angkasawan Eropah di Star City, Moscow dengan tawaran berkenaan.

Sumber

Wednesday, September 19, 2007

Rokok vs Jawa

Cerita ini baru kudengar daripada rakanku sendiri. Elok dijadikan teladan kepada perokok-perokok di luar sana...

Adala seorang mamat ni, dia suka sangat merokok. Tapi,dia ni bila nak merokok je mesti minta kat orang. Ramai juga rakan sekerjanya yang menjadi 'mangsa'. Yelah, rokok sebatang mahal beb!

Satu hari, si mamat ni bertanya la pada rakannya apa maksud 'rokok' dalam bahasa Jawa. Lalu, rakannya yang berketurunan Jawa menjawab:

" Rokok orang Jawa panggil J*M$UT."

Demikianla 'ilmu' yang si mamat ni perolehi pada hari itu...

Keesokan hari, si mamat ni dan rakan-rakannya yang bertugas di salah sebuah syarikat bekalan elektrik telah menerima tugasan untuk membaiki kerosakan bekalan elektrik sebuah rumah di kawasan berhampiran. Rumah tersebut dihuni oleh sorang lelaki tua berketurunan Jawa.

Sebaik saje selesai kerja, merekapun duduk melepaskan letih bersama lelaki tua tersebut. Si mamat ni pulak tanpa segan-silu mintala sebatang rokok pada lelaki tua tu dalam bahasa Jawa.

"Wak, ada J*M$UT."

Lantas, dengan pantas lelaki tua tu yang berkain pelikat dan sedang duduk dengan kaki 'ala kalah judi',terus memperkemaskan duduknya jadi duduk bersila...Beberapa rakan si mamat ni (orang Jawa) yang sibuk memerhatikan gelagat lelaki tua tu, terus ketawa berdekah-dekah. Si mamat ni pun ketawa sekali tapi rasa pelik!

Dengan rasa kepelikan yang melampau, si mamat nipun bertanya pada salah sorang rakannya tadi. Jadi, rakannya nipun menjelaskan perkara sebenar. Rupa-rupa makna rokok dalam bahasa Jawa bukanla 'J*M$UT' (Kalau nak tahu apa dia 'J*M$UT' tanya orang Jawa). Apalagi,'berapi' satu badan si mamat ni.

Sekian.


Moralnya: Janganla merokok dan belajarla Bahasa Jawa sampai habis... ;P

Tuesday, September 18, 2007

Happy Time


Ketawa Itu Penawar Duka.

Sunday, September 16, 2007

Taekwando ITF




Minggu lepas aku sempat tengok "grading" bagi colour belt untuk ITF di wangsa Malawati. Banyak aksi-aksi yg mencuit hati. maklumlah kebanyakkannya kanak2. macam2 hal berlaku hinggakan instructor pun pening kepala. Tapi nak bising banyak2 pun tak guna. budak2 mmg macam tu. Ada jugak mak bapak yang perihatin datang tengok sekali.
Disini aku sertakan beberapa gambar untuk tatapan. Bagi mereka yang nak lebih gambar lagi , tlg email kat aku.

Saturday, September 15, 2007

Du'a by Sheikh Mishary

Moga Rahmat Allah ke atas Kita Semua...

Friday, September 14, 2007

Kroni oh..kroni public bank

Semalam aku pergi kat bank Public Kuala selangor. Orang boleh tahan ramai jugak. Tapi yang aku tak puas hati ialah layanan pegawai di bahagian kaunter. Ikut lah peraturan. Nak masukkan cek atau duit tu ambil lah nombor giliran. Ini tidak ada beberapa orang Cina masuk terus aje pergi kat kaunter tu seolah-olah bank ini bapak dia orang punya.Dah la tu, lepas tu ade pulak kawannya tumpang sekaki. Kami yang ambil nombor pun nak cepat jugak. Hello bank manager, tengok-tengoklah anak buah tu..Jangan sampai nanti, orang Melayu pulaukan public bank. Aku dah bercadang nak tutup akaun kat bank tu. banyak lagi bank yang ada. Ini bukan first time berlaku, dah banyak kali.