Friday, August 31, 2007

Cakap-cakap h-phone

Minggu lepas aku balik kampung. OTW balik tu.. singgah jap kat petrol pam Petronas. Bila ku pandang ke kanan, aku lihat ada satu mamat ni tengok syok menaip sms. Yang menjadi isunya adalah papan tanda di atas kepalanya "matikan handphone". Cuba tengok gambar ni..



Sekarang persoalannya, benarkah gelombang handphone merbahayakan? Kalau ya, berapa banyak kes telah berlaku kat malaysia.? Boleh katakan hampir 85% rakyat M'sia ada hphone, betulkan mereka mematikan handphone di stesen minyak. Aku nak tanya mereka yang buat akta macam ni,adakah mereka mematikan h-phone semasa di stesen minyak? Jadi kalau yg kerja kat petrolpam pun tak matikan h-phone, turunkan saje signboard tu.. Itu baru kat stesen minyak, belum lagi kat bank. .... nanti ya.....

Saturday, August 18, 2007

Lagi kebakaran.

Akhir akhir ini banyak kes kebakaran. Apa puncanya? Kalau musim raya mungkin sebab main mercun dan bunga api. Adakalanya pasal eletrikal wiring. kalau kat kampung2 mungkin sebab pakai dapur minyak tanah. Tapi walau apa pun sebabnya , kita sebagai penghuni , ada tak ambil lengkah sewajarnya untuk melindungi diri dan keluarga dari kebakaran. Kata orang tua2 api kecil2 jadi kawan , dah besar jadi lawan. Tengok banyak kes yang dah terjadi anak anak hilang ibu bapa , isteri kehilangan suami atau kekadang tu semua ahli keluarga menjadi mangsa. Kita cuma membaca cerita tentang orang tetapi terfikirkan kita bencana itu boleh juga kita alami. Memang kita tak pernah terfikir...... Sebab itulah kita banyak menghabiskan diri untuk perkara lain seperti mencantikkan rumah dan halaman rumah. Yang lebih teruk lagi kita habiskan ribuan ringgit untuk menjadikan rumah kita macam penjara. Grill besi yang kita pasang dikeliling rumah untuk mencegah pencuri bakal menjadi pembunuh kita. Tak percaya !! Pencuri masuk cuma mau mencuri sahaja tetapi api yang ada dalam rumah kita merupakan bakal pembunuh kita sekeluarga. Secara tak langsung grill besi yang tujuan nya untuk menghalang pencuri rupa-rupanya bakal menjadi tanah kubur kita. jadi apa harus kita buat?

Tunggu...